Teori Egoisme
bla bla bla April 8th, 2008Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri. Seseorang itu tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah untuk memberikan faedah kepada diri sendiri.
Teori ini mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnya pertentangan di antara golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Dikatakan bahawa golongan bangsawan pada ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai golongan rakyat yang paling tinggi dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai hamba abdi. Golongan bawahan ini lemah dan tidak terdaya untuk menjaga kebajikan diri walaupun bilangan mereka ramai. Orang biasa ini dipaksa dengan kejam supaya mereka bekerja untuk golongan atasan itu tanpa dibayar apa-apa gaji.
Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900). Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori Utilitarianisme. Mengapakah beliau berpendapat sebegitu? Ini adalah kerana asas pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti masyarakat. Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga kuat menentang teori kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka. Dalam teori kemoralan sosial, setiap individu diwajibkan untuk menurut segala perintah yang wujud dalam masyarakat.
Kita tidak perlu membayangkan teori ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Nietsche. Egoisme ini wujud dalam setiap individu, termasuk saya dan anda yang sedang membaca artikel ini. Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu masing-masing. Tetapi, matlamat masih sama, iaitu, mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.
Sebagai contoh, individu A mengenakan usikan (prank) kepada individu B tanpa berfikir kesan-kesan yang berikutan. Individu A mengusik dengan menyatakan ia boleh “hack” ke dalam sistem komputer individu B melalui MSN. Individu B yang tidak dapat mengawal perasaan kerisauaan lalu memberitahu hal ini kepada ibu dan bapanya, pensyarah, dan kawan baiknya. Individu B amat sedih dan bimbang akan kebolehan “hacker” itu.
Ianya jelas bahawa keseronokan hanya berpihak kepada individu A dan individu B diabaikan untuk menghadapi kesan-kesan negatif. Individu B yang berada dalam keadaan yang panik boleh melakukan apa sahaja tindakan seperti merepotkan hal ini kepada pihak berkuasa.
Teori ini memang patutlah dikritik oleh semua lapisan masyarakat. Sebab-sebabnya adalah cukup terang di mana kepentingan diri sendiri diutamakan tanpa memikirkan akibat-akibatnya. Jika individu A tidak mengaku bahawa dia merupakan dalang itu, kemungkinan besar individu A akan menghadapi risiko-risiko tinggi.
Oleh itu, jangan sesekali mengamalkan teori ini kerana keinginan untuk mempermainkan orang lain. Berfikir secara kritis dahulu untuk apa jua keadaan.




hi..i came across ur blog..hehe..i doing an assignment about this this moral theory as well..great ! do u have more info about this theory?