Meeting with Tokoh2 Revolusi
bla bla bla No Comments »Hari ni aku bertemu ngan askar2 gerila masa dlu, iaitu Pak Syukor, Pak Mamat dgn Makcik Atom. Ni peluang yg aku tak pernah nak expectkan. Smua ni pun thanks to Fahmi Reza la, kalo dia tak buat benda2 ni, kita takkan berjumpa hero2 dan heroin2 dan takkan tau apa yg depa hadapi dulu. Perasaan tu mmg susah ah nak explain.
Rugi laa, Fahmi interviewed Pak Mamat dgn Makcik Atom semalam. Kalo tak mesti dtg ah.
Pakcik2 dgn makcik ni pun dah tua2 belaka. Cuba bayangkan depa ni pejuang2 tanahair kita ni, berjuang demi “merdeka” (bebas dr pihak British). Pak Syukor kata depa tu berjuang tanpa mengira kaum, “Melayu ada, India ada, Tionghua ada.”
Hari ni Fahmi buatkan sesi temubual dgn Pak Syukor dalam slot SRM (Sekolah Revolusi Malaya). Masa Pak Syukor tiba mini dewan tu, aku rasa terharu dapat berjumpa dgn beliau. Pak Syukor pun dah berumur genap 80tahun, tapi aku rasa beliau ada masalah nak berjalan la sbb masa dtg pun guna wheelchair. Tapi beliau masih lagi bersemangat menceritakan kisah2 revolusi dgn suara yg lantang. Maklumla, beliau banyak bercakap utk mendptkan org kumpulannya. Banyak yg dia ceritakan kpd kita semua la, terutamanya kpd sesiapa yg tak sedar ttg perkara2 yg telah berlaku 10 tahun sebelum merdeka. Ini la perspektif yg lain pasal Jepun, pasal British dan juga pasal cara2 Raja2 Melayu dlu.
Pak Syukor kata dia tak pernah kena tembak, maksud aku, peluru tak masuk badan la. Beliau bersyukur la kpd Tuhan. Pak Syukor kata bhw Pak Mamat ada peluru lagi dlm badan beliau. Aku salute habih2.
Masa memang tak mencukupi la, sesi SRM ni hanya setakat 1 jam setengah ja (aku rasa 30min dipanjangkan). Finally, Pak Mamat dtg ke depan utk beri sepatah dua. Pak Mamat membuka ucapannya dgn Assalammualaikum. Terkejut aku, sbb beliau bukannya Melayu, bukannya Islam. Tapi aku rasa itu sbg satu pembukaan la. Pak Mamat berharap generasi muda ni menghargai segala struggle yang beliau dan ahli2 gerila yg lain ah. Bukan setakat baca buku Sejarah ja, tapi try to look out for the untold history. Apa2 yang Pak Mamat ckpkan ni mmg membuatkan aku terharu ah.
Aku dgn tadak kamera dgn videocam, tak leh nak rakamkan seluruh wawancara Fahmi dgn Pak Syukor. Pakai handset aku tu pun cam teruk ja. Aku hanya berharap Fahmi akan uploadkan/youtubekan video2 sesi SRM. Boleh la kita sama2 berkongsi pengalaman ahli2 gerila waktu itu.
Sat lagi pukul 6, Au Heng Fung pulak dtg, rugi lagi, tak leh nak tengok Pakcik ni… Sian betul..
Habih crita aku. Sharwin, masa hang balik PJ nanti, kita bleh la berbincang2 pasal ni ah.





